Khamis, 30 September 2010

Kehalusan Seni Tangan Haji Ali

  Ismail Ahmad       Khamis, 30 September 2010

Sebut sahaja namanya di Kuala Terengganu pasti orang ramai akan mengenalinya. Jasa Allahyarham Tuan Hj Ali Ngah begitu besar kepada industri pembuatan kapal di Terengganu. Kapal Naga Pelangi adalah model Perahu Besar Melayu Terengganu yang telah dibina oleh beliau untuk Christoph Swoboda, seorang rakyat Jerman.

Gambar asal Naga Pelangi

Sememangnya Pulau Duyong telah ramai melahirkan tukang pembuat kapal yang mahir sejak berzaman–zaman lamanya. Tukang-tukang kapal di Pulau Duyong membuat perahu daripada jenis kayu yang mampu meredah ombak ganas samudera. Perahu yang dibuat adalah perahu layar skuner yang menjadi sebutan rakyat Malaysia seperti perahu PINIS dan perahu BEDAR.

Sememangnya bangsa Melayu terdahulu menghuni pulau-pulau di seluruh Asia Tenggara Tenggara dan telah mengembara jauh sehingga ke timur dan barat sehingga ke Pulau Madagasar dan pantai barat Afrika. Kini masih terdapat beberapa kumpulan masyarakat berdarah melayu yang mendiami di benua Afrika.

Melawan arus modenisasi, kaedah pembinaan perahu tradisional sukar ditandingi dan sedang menghadapi kepupusan pewaris bakat kehalusan keseniannya. Kesenian ini seharusnya di kekalkan kerana pabila kemahiran membina perahu kayu secara tradisional ini semakin berkurang, maka akan hilanglah satu tradisi warisan pembuatan perkapalan bangsa Melayu yang cukup gah suatu ketika dahulu.


Kini hanya tinggal beberapa orang pakar berkemahiran tinggi di dalam pembuatan bot kayu tradisional di Pulau Duyong yang masih gagah mempertahankan kesenian senibina kapal tradisional. Naga Pelangi begitu gah diperbualkan oleh masyarakat dunia kerana ia merupakan satu-satunya perahu Melayu asli yang pertama berjaya mengelilingi dunia.

Awee kepilkan bersama gambar kenangan pembinaan Naga pelangi untuk perkongsian anda semua…

Proses membentuk kayu secara tradisional

Kayu pertama yang sudah dibentuk dimasukkan ke pasak

Proses merangka kerangka kapal







logoblog

Thanks for reading Kehalusan Seni Tangan Haji Ali

Previous
« Prev Post

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum cik ismail, saya ingin mendapatkan alamat dan nombor org bagi perusahaan ini:

    1. wau
    2. Barang tembaga
    3. bot
    4. songket
    5. batik chanting
    6. anyam mengkuang
    7. gasing
    8. tarian ulik mayang

    saya adalah jurugambar freelance dan akitek. ingin merakam gambar aktiviti harian dan buat gambar artistic bagi memperkenalkan kembali perusahaan tradisional ini. Saya berharap akan kerja sama encik. saya boleh dihubungi di 0122986812. helmi

    BalasPadam