Jumaat, 6 Ogos 2010

Resepi Tok Wan : Akok Yang Lazat

  Ismail Ahmad       Jumaat, 6 Ogos 2010

Ramadhan dah semakin hampir..tak sabar rasanya nak puasa..Kalau tiba bulan puasa ni, berduyun-duyun lah orang beli belah kat bazaar ramadhan. Kat Pantai Timur, khususnya Terengganu lah sebab blog pun cerita pasal Terengganu, Menu yang awee gemar tak lain tak bukan Kuih Akok. Walaupun rupanya tak begitu hensem bak kate orang Terengganu “Akok kedut”..hihi..tapi rasanya enak sekali. Manis bertelor gitu..terliur plak awee..
Kalau tak silap Awee kuih akok dah tersenarai sebagai kuih warisan Negara. Cayalah.. Biasanya ada dua jenis akok satu berbentuk bujur dan satu lagi ikut pada acuan. Kesedapan kuih akok bergantung pada cara pembakaran dan kandungannya. Kalau hangit..haha..kurang sedap lah jawabnya. Kuih Akok, amat sesuai di makan di petang-petang hari.nyum-nyum… Macam biasa Awee sertakan sekali Resepi Kuih Akok untuk korang cuba-cuba..mana tau kuih akok korang tak berkedut…hihi…boleh lah kongsi sama.

Bahan-bahan yang wajib ada


5 biji telur

200 ml pati santan

100 ml air
150 gram gula melaka (boleh kurangkan lagi untuk kesihatan)
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara-cara nak buat


Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.


Masukkan santan. Tunggu suam-suam kuku sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.

Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Jangan lebih-lebih nanti hangit. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan. Bakar guna arang/sabut kelapa untuk rasa keaslian Akok.

Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Tadaaa!! Jadi lah ia Akok kedut seribu..hihi.


logoblog

Thanks for reading Resepi Tok Wan : Akok Yang Lazat

Previous
« Prev Post

5 ulasan: