Khamis, 18 Disember 2014

Kelazatan Keropok Lekor Sri Sura

  Ismail Ahmad       Khamis, 18 Disember 2014

Jika anda berkunjung di Daerah Dungun, rugi rasanya jika tidak singgah merasa keenakan keropok lekor Sri Sura. Walaupun teksturnya tidak cantik seperti keropok lekor losong, namun kelazatan keropok lekor sri sura tidak boleh dipertikaikan lagi. Ia amat enak di makan ketika masih panas. Teksturnya sungguh lembut, kenyal dan mudah dikunyah. Usah bimbang sekiranya anda memiliki gigi palsu. 

Keropok ini juga didatangkan dalam pakej frozen. Bagi yang berkunjung dari Lembah Klang, usah bimbang kerana keropok ini mampu bertahan untuk tempoh masa yang lama. Harga yang ditawarkan juga amat murah sekitar RM7 untuk sebungkus. Sekiranya anda membeli lebih banyak pihak syarikat juga memberi diskaun yang lebih rendah. Selain daripada keropok lekor, terdapat juga satar, popia otak-otak dan pelbagai jenis makanan hasil laut negeri Terengganu dalam bentuk frozen.

Enaknya keropok lekor sri sura Dungun

Untuk ke sana anda hanya perlu mencari Jalan Sekolah Sura (Undeveloped land), 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia.

Cara paling mudah carilah Pantai Sura.. Pasti anda akan menjumpai lokasi kedai ini. Kalau tidak jumpa juga boleh hubungi talian di papan tanda seperti dalam foto di bawah.

Keropok lekor sri sura dungun

Kalau sudah merasa keropok Lekor Sri Sura jangan lupa kongsikan komentar anda di sini. 

logoblog

Thanks for reading Kelazatan Keropok Lekor Sri Sura

Previous
« Prev Post

2 ulasan:

  1. Salam . Tuan.
    Keropok lekor sura ni produk milik Tuan ke ?
    Teringin nak tahu. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haishhh.. bukanlah Tuan.. saya suka beli kat sana...

      Padam