Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza. Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Kebiasaannya ia disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan khususnya di Terengganu dan Kelantan.
Nak buat kuih Jala Mas bukannya susah sangat, cuma perlukan sedikit ketelitian sahaja. Oleh kerana cara penyediaannya memerlukan ketelitian ramai yang memilih menghidangkannya pabila tiba musim perayaan.
Bahan-bahannya
- 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
- 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
- 2-3 helai daun pandan
- 4 cawan air masak sebaiknya
- Beberapa helai daun pisang untuk dibuat corong
Cara-cara membuat
- Tapis kuning telur dan pukul sedikit
- Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis air gula dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau sapu keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
- Angkat dan tos’kan.
- Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang lidi satay ataupun garfu.
- Pabila siap…boleh lah dihidangkan untuk pada tetamu..
Selamat mencuba..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan