Eh wau bule..e wau bule.. Ewa bule teraju tigo. Perkataan “wau” sememangnya sinonim dengan masyarakat Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Dan di katakana perkataan ini sebenarnya berasal daripada perkataan Thailand. Jadi tidak hairan lah pengaruh Thailand banyak member impak kepada budaya negeri berjiran. Ada juga pandangan menyatakan nama wau ini di kaitkan dengan bunyi yang terhadil daripada busur wau. Bila dinaikkan ke udara, daus ibus yang dipasang akan hasilkan bunyi “wau”, “wau” seolah-olah berdengung secara berirama.
Kalau di Terengganu ni, awee biasa perhati ada segelintir anak-anak muda bermain wau di tepi pantai. Memang asyik bila mana awe lihat wau beterbangan di udara. Ditambah bunyi dengungan “wau”. Fuhh… Sungguh merdu dan mengasyikkan. Dahulunya permainan ini merupakan permainan masa lapang bagi rakyat biasa dan juga golongan istana. Maklumlah dahulu tiada “play station”. Jadi pengaruh wau amatlah besar kepada masyarakat Melayu dahulu. Kepercayaan masyarakat kuno percaya, wau mempunyai kaitan di antara semangat angin dan langit.
Di Terengganu, wau lang dan wau burung antara yang pilihan utama penduduk. Reka corak biasanya lebih bermotifkan awan larat. Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik supaya kemahiran ini tidak lupus begitu sahaja dek di telan arus pembangunan.
Kalau nak bermain wau kena lah berdua @ lebih. Tempat paling sesuai adalah di pinggir pantai ataupun kawasan lapang. Bukan seperti layang-layang yang boleh dimainkan seorang. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin secara menghulur dan menarik tali sehingga wau megah beterbangan di udara.
Bila berpeluang bermain wau, memang awee tak akan lepaskan kerana ia mampu membawa awee kembali ke zaman kanak-kanak. Wah!!... Seronoknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan