Bandar membawa maksud tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan serta perniagaan dijalankan. Kalau namanya Bandar sudah tentu ia memainkan peranan penting terhadap perkembangan ekonomi sesebuah penempatan. Kuala Terengganu kini mengalami proses transformasi urbanisasi yang positif.
Dengan pembinaan pasaraya besar seperti Giant dan Maydin Mall menyebabkan kuasa beli pada kalangan penduduk meningkat dan kadar pertumbuhan ekonomi negeri juga telah meningkat. Kesan ketara apabila terdapat banyak peluang pekerjaan disediakan. Selain itu, proses perbandaran telah menggalakkan penduduk yang tinggal di kampung berhijrah ke Bandar Kuala Terengganu untuk mencari rezeki dan meningkatkan taraf hidup.
Tren Perbandaran telah menyebabkan peningkatan pelancong asing yang tidak putus datang ke Terengganu. Kewujudan Taman Tamadun Islam(TTI) adalah salah satu penyebab utama kebanjiran pelancong ke Negeri Terengganu. Kedudukannya yang strategik dan layanan yang diberikan ketika berada di sana juga berbaloi telah menarik ribuan pelancong untuk melawat disana.
Selain itu, Muzium Negeri yang terletak di Losong juga menarik perhatian pelancong. Ia berfungsi sebagai tempat untuk memperkenalkan artifak dan pakaian tradisi masyarakat melayu Terengganu. Sememangnya, Terengganu terkenal dengan kain songket yang diperbuat daripada benang emas dengan ditenun. Kebanyakan pakaian ini dipakai oleh pengantin ketika hari persandingan.
Kemajuan hari ini banyak di dokong oleh polisi kerajaan serta kesungguhan rakyat untuk memartabatkan nama Terengganu gah di mata dunia. Tahniah dari Awee buat rakyat Terengganu.
Chaiyok-chaiyok..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan