Selain sebagai pintu masuk pelancong ke Pulau Perhentian, Besut juga ada menawarkan pelbagai percutian berasaskan alam semula jadi untuk seisi keluarga. Pantai yang menarik macam pantai air tawar yang mana tiap-tiap tahun akan di adakan sambutan kesenian dan kebudayaan terhadap pelancong, aktiviti menyelam dan penerokaan gua, meluncur angin Laut China Selatan, mandi-manda di kolam air panas dan air. Kalau nak cerita sepuluh hari sepuluh malam pun tak habis. Jadi Awee cadangkan korang pergi berkunjung ke Besut. Baru lah layan.
Dalam catatan Munsyi Abdullah, ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari Pattani ( Selatan Siam ) telah datang ke BESUT dengan diketuai oleh seorang yang bernama cik latif. Dipercayai Cik Latif berasal dari SUMATERA telah biasa berdagang di PATTANI. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampungan ditebing Sungai besut yang diberi nama PALEMBANG mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Jadi, Palembang merupakan PUSAT PENTADBIRAN yang pertama di BESUT sebelum KG. RAJA.
Kini, banyak cadangan-cadangan yang di bawa masuk melalui program ECER yang mana Besut akan menjadi pusat pendidikan tinggi bagi negeri Terengganu melalui pembinaan Universiti Darul Iman dan Taman Ilmu di Tembila. Di jangkakan konsep pembangunan Taman ilmu di Besut akan bakal mempromosikan negeri Terengganu sebagai salah sebuah pusat kecermelangan ilmu bertaraf antarabangsa.
Aktiviti pertanian merupakan penjana utama ekonomi daerah Besut terutama di kawasan KETARA. Macam-macam ada. Daerah ini adalah pengeluar utama Padi, kelapa Sawit, tembakau, buah-buahan di Terengganu. Kalau ada yang berniaga buah boleh lah datang mencari pembekal di sini kerana harganya sangat MURAH. Di masa akan datang fokus akan diberikan kepada pembangunan industri asas tani dan khidmat pelancongan serta kawasan Agropolis iaitu pusat pengumpulan dan pemasaran hasil tani.

Besut memg best.Thumbs up utk besut.hehe
BalasPadamBest regards,
warga besut jgk
=]