Ada yang bertanya, Terengganu ni tak ada zoo ke? Pelik aje soalannya. Jangan sangka air yang tenang tiada buaya..haha..tak kena langsung ungkapan tersebut dengan soalan tu..Pusat santuari gajah kan ada.. sebenarnya selain daripada itu ada juga Zoo mini Kemaman. Dah namanya zoo mini Kemaman semestinya kedudukannya terletak di daerah Kemaman dan ia merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan pelancongan ke Terengganu. Kalau tak berkesempatan ke santuari Gajah boleh la berkunjung ke Zoo mini Kemaman.
Asalnya ia merupakan sebuah taman rekreasi bagi menampung aktiviti riadah masyarakat setempat tetapi kini Zoo mini ini mampu menarik pengunjung luar bertandang ke sini. Lebih-lebih lagi di musim perayaan sebegini, ramailah warga kota yang pulang ke kampung membawa sanak saudara datang ke sini.
Untuk makluman taman rekreasi dan Zoo mini Kemaman ini dibuka setiap hari..tak ada tutup lah maknanya dan beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang. Banyak juga sekolah-sekolah mengadakan lawatan sambil belajar ke sini memandangkan ia baru lagi dibuka iaitu pada tahun 2009. Kira masih muda lagi lah.. InsyaAllah kelak Zoo mini ini akan mampu menampung lebih banyak haiwan dan akan dipertingkatkan sebagai zoo negeri..Awee tak tahu lah..mungkin ada cadangan penambahbaikan operasinya kelak. InsyaAllah.
Untuk kanak-kanak bawah 5 tahun kemasukan adalah PERCUMA…
Pesan Awee berhati-hati bila bermain dengan haiwan..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan