Selasa, 28 September 2010

Pantai memutih di Tanjung Jara

  Ismail Ahmad       Selasa, 28 September 2010

Keputihan pantai pesisir Terengganu sememangnya diketahui umum. Dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa pasti menggamit hati sesiapa sahaja yang bertandang ke Terengganu. Salah satu pantai yang terkenal di Terengganu adalah Pantai Tanjung Jara. Ramai yang bertandang tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman dan menikmati pemandangan matahari terbenam.


Di samping itu banyak juga kemudahan untuk aktiviti scuba, luncur air dan kayak di sediakan di sini. Jika ingin menyaksikan penyu bertelur pula, boleh lah datang sekitar bulan mei dan September.


Lagipun pantai ini berhampiran dengan Rantau Abang maka tak mustahil sekiranya anda berpeluang untuk melihat penyu mendarat bertelur di sini. Tanjung Jara resort menawarkan penginapan bertaraf 5 bintang yang mana resort ini terkenal dengan keunikan senibina istana Melayu kurun ke 17.


Ramai pelancong asing bertandang ke sini saban tahun menikmati pemandangan dan suasana santai di sini. Tak perlu lah kita beria ia nak ke luar Negara kerana di sini banyak sumber alam semulajadi yang masih belum di terokai.


logoblog

Thanks for reading Pantai memutih di Tanjung Jara

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan