Rabu, 29 September 2010

Dataran Syahbandar menggamit Pelancong

  Ismail Ahmad       Rabu, 29 September 2010

Jika anda ke Kuala Terengganu pasti anda sedar kewujudan dataran Syahbandar. Namanya di ambil sempena nama seorang pembesar istana Melayu lama. Kebiasaannya pabila tiba bulan ramadhan, kawasan ini dijadikan tapak bazaar ramadhan dan pelbagai acara tahunan pelancongan di adakan di dataran ini. Kalau tak silap Awee mengikut kalander pelancongan Tourism Terengganu baru-baru ini dataran ini di jadikan tapak Festival Gamelan Sedunia. Banyak acara-acara besar telah berlangsung di sini dan menjadi satu kemestian kepada penduduk setempat untuk bertandang ke sini pada hujung minggu bersama keluarga.


Kedudukannya berdekatan dengan Pasar Payang membuatkan dataran ini sentiasa di penuhi pengunjung yang berehat melepaskan penat sambil menikmati pemandangan indah di pinggir sungai Terengganu. Bagi masyarakat tempatan dan anak-anak muda, dataran ini menjadi tempat untuk berkumpul dan berjumpa kenalan-kenalan lama. Pelbagai kemudahan terdapat di sini membuatkan suasana di sini hidup dengan pelbagai aktiviti masyarakat setempat.

logoblog

Thanks for reading Dataran Syahbandar menggamit Pelancong

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan