Na…Na..Na…na….T’ganu Kite..!Adeh, rindu pulak dengan Negeri Terengganu. Rasa macam baru semalam balik dari Terengganu. Insha’Allah bulan Oktober nanti awee sekeluarga akan ke Kuala Terengganu lagi. Teringat barang-barang murah kat Pasar Payang. “molek benor” lah kalau nak cari barang tembaga ataupun kain baju. "Muroh-muroh belake awe wehh...". Kredit kepada kerajaan negeri Terengganu atas usaha dan kerja keras mempromosikan Negeri Terengganu sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Malaysia. Ramai lagi orang-orang Malaysia masih tak tahu, tak pernah ambil tahu @ buat-buat tak tahu mengenai keindahan destinasi dan produk pelancongan di Malaysia khususnya Terengganu. Kalau nak bandingkan pulau-pulau yang ada di Malaysia, Pulau-pulau di Terengganu rasanya yang terbaik setakat ini. Subha na'Allah.
Bukan nak memuji lebih-lebih, tapi hakikatnya memang tersangat lah cantik. Rugi rasanya kalau kita menjadi anak Malaysia, tapi tak pernah menikmati keindahan yang ada di negara sendiri. Adeh!! sayangnya jika tak gunakan nikmat yang Allah berikan ini. Seronok rasanya jika pengalaman yang ada dapat kita kongsi bersama. Sebagai inisiatif untuk pencinta negeri Terengganu, awee mengajak kawan-kawan yang ingin berkongsi pengalaman di Terengganu menerusi laman Facebook. Anda boleh menggunakan arahan carian "search" kumpulan "Terengganu kite”. Al maklum lah, orang-orang Malaysia sekarang tengah menggilai laman facebook. Bagus juga dengan adanya facebook, banyak pengalaman dan kenangan mengenai Terengganu dapat kita kongsi bersama. Apa-apa aktiviti pun boleh diterbitkan di sana. Betul tak?
Selepas ini lebih banyak entry mengenai Terengganu muncul melalui laman blog ini. So, pada sesiapa yang ada kenangan atau pengalaman menarik di Terengganu yang ingin di kongsi melalui blog Terengganu boleh email kisah dan pengalaman anda kepada awee :di iba.desgn@gmail.com.
Harapan awee melalui blog ini dapat kita eratkan hubungan persaudaraan, mana yang terputus boleh di sambungkan, mana yang jauh kita dekatkan. Yang penting semangat 1 Malaysia kena utuh dalam sanubari kita semua. MALAYSIA BOLEH!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan