Sabtu, 19 Jun 2010

Keenakan Sata Aziz Satar

  Ismail Ahmad       Sabtu, 19 Jun 2010

Jalan-Jalan..cari makan. Ewah-ewah bukan main seronok kalau cakap soal makan. Tiap negeri pasti ada makanan “special” begitu juga lah dengan negeri penyu kite ni. Kalau Kelantan terkenal dengan nasi kerabu, Terengganu pula nasi dagang nya. Awee bukan nak sentuh soal makanan rugi, sebab dah banyak orang memperkatakan soal nasi, tapi mengenai sata. Hurmmm, malu kalau orang melayu tak kenal sata. Awee bukan lah penggemar setia sata tapi ini cerita dari kawan awee, cik nana Ipah katanya sata Terengganu ni sedap, “especially” sata aziz satar di Kemaman. Jangan silap! bukan aziz satar pelakon tu yer.

Bagi yang tak pernah merasa sata “aziz satar”, apa kata esok ajak “family” datang ke daerah Kemaman. Kalau daripada Kuantan perjalanan makan masa kurang 1 jam sahaja. Tapi kalau daripada Kuala Lumpur mungkin makan masa 3-4 jam. Bergantung pada corak pemanduan. Pandu cermat jiwa selamat. Nak cari warung Aziz satar ini mudah sahaja. Warung Aziz satar mudah di kenali sebab, satu warung ini sememangnya terkenal kerana keaslian satanya dan menjadi tarikan pengunjung tempatan dan luar. Kedua kedudukan bersebelahan laluan utama menghala ke pejabat Kastam Kemaman. Tanya sahaja orang kemaman “sure” anda akan dapat pandu arah yang tepat. Tapi kalau tak jumpa juga, boleh mencuba sata di warung-warung lain, kerana banyak kedai-kedai menjual sata di sepanjang laluan ke Kuala Terengganu.

Mungkin sesetengah menganggap sata ini unik, kerana hanya orang pantai timur sahaja yang pandai membuat sata asli terutamanya orang Terengganu. Marah pula orang Kelantan dan Pahang nanti. Harga di sini juga lebih murah jika di bandingkan dengan harga di tempat lain. Kebiasaanya sata di sini di jual pada harga RM 2 untuk 5 biji, dan ada juga yang menjual 7 biji pada harga RM 2!! Wah! ini sudah bagus. Kebiasaannya sata dibuat menggunakan campuran isi ikan, bawang, halia dan cili, tak kira sama ada cili merah atau cili hijau. Kalau pergi ke Seberang Takir pula lain pulak kisahnya sata di sana. Variasi bentuk berbeza dan rasanya juga berbeza. Tapi kelazatannya masih sama terutama menikmati ketika masih panas. Nyum..nyum…

Bagi yang berkunjung ke negeri Terengganu terumata daerah Kemaman, rasanya tidak sah kalau tak membeli sata Aziz Satar. Selain sata, ada juga otak-otak dan pelbagai aneka juadah yang sememangnya lazat-lazat “belake”. “Rugi abe dop jalang ke ganu weh”

logoblog

Thanks for reading Keenakan Sata Aziz Satar

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan