Rabu, 30 Jun 2010

Keaslian Senibina Muzium Terengganu

  Ismail Ahmad       Rabu, 30 Jun 2010

Sedang “molek” lah kalau berkunjung ke Kuala Terenngganu pada Julai ni. Banyak acara di buat khususnya anjuran Muzium Negeri Terengganu. Eh!! Korang tak tahu ke? Rugi tak datang ke Kuala Terengganu. Macam-macam ada… Festival Gamelan, Pertandingan Melukis Citra Terengganu Kategori Terbuka 2010 anjuran negeri Terengganu pun ada. Yang berbakat tu boleh lah cuba asah bakat kat sini. Hurmmm, bermula 31 Julai hingga 2 Ogos ni sahaja. Banyak kategori ada. Kalau nak detail boleh singgah kat web pelancongan Terengganu.



Awee nak cerita sikit pasal Muzium Negeri Terengganu ni. Kalau nak tahu, muzium ni merupakan kompleks muzium TERBESAR di Asia Tenggara.WaW! hebat bukan? Ada 4 blok utama selain mengandungi muzium Maritim dan juga lima buah rumah tradisional. Plot kawasan muzium ni kira-kira 27 hektar dan kalau kita tinjau melalui gambar yang awe kepilkan ni memang terserlah senibina kemelayuannya. Eceewah!..

Kalau pada tahun lalu, pihak muzium ada menganjurkan pertandingan yang sama yang mana kategori spontan, pelukis perlu menyiapkan lukisan mereka dalam pertandingan dengan tajuknya berkisar kepada warisan semula jadi dan budaya negeri Terengganu.
Untuk tahun ni kita nantikan siapakah yang Berjaya menjuarai pertandingan ni. Jom sama-sama nantikan.

Kalau dah pasang hajat nak ke sana, apa lagi, Hubungi sekarang! Penginapan boleh semak di sini.

Pejabat Tourism Malaysia Negeri Terengganu,
Tingkat 5, Menara Yayasan Islam Terengganu,
Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu.
Tel: +609-622 1433
Faks: +609-622 1791

logoblog

Thanks for reading Keaslian Senibina Muzium Terengganu

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan