Baru-baru ini KETENGAH ada menganjurkan pertandingan ayam Serama. Hah!.. Berita harian hari ni ada menyebut ayam serama merupakan tarikan terbaru di Terengganu. Betul ke? Kalau tak betul masakan penyertaan sehingga 517 ekor ayam serama meningkat dari 350 ekor pada tahun sebelumnya. Ada lebih kurang 8 kategori semuanya yang di pertandingkan seperti serama tanpa lawi, serama muda, serama remaja, serama anak A, B dan serama induk. Banyak rupanya yer. Penyertaan ni turut menarik minat pemilik ayam dari luar negeri Terengganu. Jadi, Nampak gayanya sangat memberangsangkan lah pertandingan ni.
Pertandingan kali kedua anjuran KETENGAH itu mendapat sambutan di luar jangkaan dan yang terbesar di negeri ini sejak KETENGAH menganjurkan pertandingan mulai tahun lalu apabila membabitkan penyertaan 517 ayam serama yang dipertandingkan dalam pelbagai kategori berbanding 350 ayam serama tahun lalu. Kalau kena caranya, ayam serama mampu menjadi antara produk yang boleh menarik minat pelancong untuk melihat keunikan ayam itu yang mempunyai kecantikan dan kesenian tersendiri di Terengganu.
KETENGAH juga dah pun bersetuju untuk menjadikan pertandingan ayam serama sebagai antara produk terbaru yang akan disohorkan sebagai tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Tasik Kenyir. Elok sangat lah tu. Makin bertambah-tambah lah pengunjung ke Tasik Kenyir kelak.
Untuk jayakannya pihak KETENGAH sudah pun mengambil langkah menempatkan unggas itu yang akan dipelihara bersama pelbagai spesies burung di Taman Burung yang sedang dibina di Pulau Terengganu Mati di tasik itu. Harapnya selepas ini makin bertambah produk-produk pelancongan negeri Terengganu ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan