Ahad, 27 Jun 2010

Kronologi Tarian Ulik Mayang

  Ismail Ahmad       Ahad, 27 Jun 2010

Umbut mayang di umbut
...
Umbut dengan jala-jemala...
Ulit mayang diulit..
Ulit dengan puterinya satu....

Rasanya semua rakyat Malaysia pasti tahu lirik lagu ni bukan?

Melalui pembacaan dan sedikit kajian yang awee buat, Semangat Puteri dalam tarian Ulik Mayang merujuk kepada penyembahan 7 Semangat puteri yang berasal dari laut atau lebih tepat penunggu laut. Jeng..jeng..jeng.

Katanya lagi, Semangat Puteri memang dah lama wujud dikalangan masyarakat Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar-umbi dari kepercayaan animisme Melayu. Dahulunya, penduduk Terengganu di pesisir pantai terutamanya golongan nelayan menyembah 7 semangat Puteri atas kepercayaan semangat ini boleh member rezeki kepada nelayan. Jika ada musibah pada nelayan di laut, 7 semangat Puteri akan menyelamatkannya.


Nama-nama 7 semangat Puteri di beri nama Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, empat, lima, enam dan tujuh. Antara ketujuh puteri ni, semangat puteri ke tujuh dikatakan yang paling buat berbanding semangat puteri lain.

Ulik mayang ni kiranya satu cara perubatan tradisional orang Melayu Kuno Terengganu. Masa upacara sedang berlangsung, tok bomoh akan pengang bunga kelapa (daun pinang/kelapa) sambil membaca mentera dan mengulik daun kelapa ke atas seluruh badan pesakit secara berulang kali. Jadi itu sebabnya ia di panggil ulik Mayang. Jelas kan.


Tarian ulik mayang pula hanya wujud 150 tahun lampau oleh seorang tok guru (bomoh,pawang)
.Tarian Ulik Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang di sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.



Ada juga catatan sejarah menyatakan, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mentera. Hari ni Tarian Ulik Mayang sudah mengalami perubahan termasuk unsur khurafat telah dihapuskan dan menjadi satu daripada produk tarikan pelancongan negeri Terengganu.


logoblog

Thanks for reading Kronologi Tarian Ulik Mayang

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan