Selain daripada kaya sumber alam semulajadi Terengganu juga tidak lekang menjadi buah mulut masyarakat melayu dengan kehalusan tenunan songket sejak abad ke 15 lagi. Seni tenunan ini di warisi turun temurun oleh masyarakat di sini. Songket biasanya di tenun menggunakan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama benang emas atau perak. Asal perkataan songket wujud daripada perkataan “sungkit” iaitu teknik menyungkit atau kata lain menyulam dengan benang emas dan perak.
Yang berkunjung ke Terengganu biasa pasti akan dapatkan sepasang dua kain di Pasar Payang untuk di bawa balik ke ibu kota. Corak atau ragam hias songket ni banyak namanya seperti tapak manggis, pucuk rebung, Selak berantai, lawi ayam dan lain-lain. Awee bukan lah pakar mengenai songket tapi melalui pembacaan begitu la pemahaman yang dapat awee kongsi. Songket tenunan tangan Terengganu ni lebih lembut kalau nak di banding songket mesin buatan Thailand, Indonesia, india dan Pakistan.
Dahulunya songket sebagai lambing kebesaran raja-raja dan pembesar istana. Tapi kini penggunaan songket dah semakin meluas dan orang kebanyakan juga dah mampu nak memakai terutama pada majlis perkahwinan, majlis keraian dan sebagainya.
Bagi penenun yang mahir, dia tak perlu melakar corak songket di atas kertas sebaliknya di lakukan mengikut kreativiti sendiri. Hebat kan. Jadi kalau nak belajar atau nak mendalami teknik tenunan songket ni boleh la berkunjung ke negeri Terengganu. Tak rugi datang ke Kuala Terengganu..
Kalau singgah tu boleh lah ke Kedai kain songket
788 Kampung Binjai Chendering
Kuala Terengganu, Terengganu 21080
Malaysia tel: +609-6171267
Tiada ulasan:
Catat Ulasan