Suka tak makan sotong goreng Tepung? Sedap kan.. Haha, asyik cerita pasal makan saja. Tak ada topik lain ke Awee ni? Siang malam, asyik cerita makan, makan makan. Eh! Tahu tak sekarang ni kemuncak musim candat sotong di Terengganu. Kebiasaannya bulan April sehingga Ogos sememangnya musim sotong membiak di kawasan perairan Terengganu. Kalau lihat malam hari, perairan Terengganu terutama kawasan Pulau Kapas tak ubah seperti Bandar terapung yang diterangi cahaya lampu bot-bot nelayan.
Kawasan-kawasan tumpuan mencandat sotong di perairan pulau Redang, Kapas, Perhentian, Paka, Merchang, Marang, Batu Rakit dan Penarik. Kawasan ini sentiasa diterangi cahaya pada malam hari dek kerana “Pesta Mencandat Sotong”. Kebiasaannya pesta bermula daripada terbenam matahari hingga subuh. Jangan terkejut pula kalau anda bawa pulang beratus kilogram sotong. Pengalaman Awee 1 tong Ais yang besar penuh dengan sotong. Kalau kena lubuknya lebih banyak dari itu pun boleh. Siap boleh buat kenduri kesyukuran lagi. Kalau nak merasa bagaimana candat sotong boleh lah datang ke Terengganu antara April hingga Ogos.
Bila nak mencandat kena ada kesabaran. Jangan Lupa Pil Tahan mengantuk @ pun pil mabuk. Kat tengah laut memang mengantuk. Pernah 1 trip kawan awee tertidur sebelum sampai lubuk sotong. Kesudahannya sampai ke subuh dia tidur. Haha.. Kalau anda kaki tidur nasihat awee beli lah ubat tahan mengantuk @ pun gula-gula . Tiap kali mencandat, kena guna lampu kalimantang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa. Seronok dan berbaloi kalau kena lubuknya. Tapi kalau tak kena lubuknya boleh juga bawa pulang tangan kosong. Tekong bot biasanya mahir keadaan lubuk sotong di sana.
Kos satu trip mencandat sotong bergantung kepada lokasi candat, minyak dan upah tekong. Biasanya perbelanjaan 1 bot antara RM 550.00 hingga RM 700.00. Mengikut pemerhatian sekarang hasil tangkapan untuk satu bot dianggarkan lebih kurang 50-70 kilogram sotong.

Saya mwncari tekong utk candat sotong pada bulan Mei 2022 ini.... Harap siapa yg kenal tekong, sila sudi beritahu saya si 0199103564...tarikh yg dirancang ialah 16 atau 17hb Mei 2022.
BalasPadam