Ahad, 20 Jun 2010

Nostalgia Pasar Payang

  Ismail Ahmad       Ahad, 20 Jun 2010

Rupa-rupanya, ada rindu di benak fikiran kepada negeri Terengganu.
Mungkin beberapa tahun kebelakangan ini Awee sering bermukim di Kuala, lebih 3 tahun yang lalu itu singkat, tetapi menghirup udara segar dan sentuhan manusianya, berbekas kepada jiwa.

Terkenang banyak peristiwa semasa santai dengan kajian Rancangan Struktur Negeri Terengganu, suka duka menyiapkankan kajin. Terkenang laksam yang cuba dibeli dengan ‘samah’ (50 sen) hingga mengejutkan makcik di pasar malam, terkenang Air Terjun Chemerong tempat kami bermanda di tebing dingin sungai dan redup pohon, terkenang kelazatan dan kemanisan sotong Pulau Kapas..Subhana ‘Allah.. Terkenang bot yang saya dan kawan-kawan naiki untuk ke Seberang Takir masa kecil dahulu. Kini jetinya sudah canggih. Walaupun beberapa bulan di Kuala Terengganu terlalu banyak nostalgianya. Jika singgah ke Kuala Terengganu tak sah rasaya kalau tak beli belah kat Pasar Payang.

Asal nama pasar Kedai Payang berkemungkinan dari nama “perahu payang” yang mana sejenis perahu nelayan yang pasarkan hasil tangkapa di pasar @ loghat Terengganu untuk kedai Tempayan. Pasar Payang memang popular di kalangan pelancong yang datang ke negeri Terengganu.

Kalau nak bandingkan memang harga pakaian dan barangan tembikar di sini jauh lebih murah daripada yang di jual di Kuala Lumpur mahupun tempat lain. Kalau pandai tawar menawar mungkin boleh dapat pada harga yang paling minima. Jadi, kalau nak murah kena belajar-belajar lah loghat Terengganu.
Di bahagian bawah pasar ada pula gerai basah dan gerai menjual kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Lokasi Pasar Payang ini berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran. “Maghee jangang dop maghee, boh!”

logoblog

Thanks for reading Nostalgia Pasar Payang

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan