Isnin, 21 Jun 2010

Persinggahan di Kuala Berang

  Ismail Ahmad       Isnin, 21 Jun 2010

Termenung sejenak hari ni memikirkan bingkisan sejarah negara. Sebut soal sejarah teringat pula kat Kuala Berang..ecewahh!! Yelah, minggu lepas dalam perjalanan Awee dari Kuantan ke negeri Cik Siti Wan Kembang, untuk tujuan ehemmm.. sempat lah Awee lalui Bandar “Jingga”, Kuala Berang. Menariknya Bandar ini di limpahi warna Jingga. Kagum sekejap.hihi. Terletak dalam daerah Hulu Terengganu yang menyimpan 1001 khazanah warisan sejarah negara. Jika mengikut buku “Ling Wai-Tai Ta” sejarah cina ada Kuala Berang di sebut dengan gelaran “Fo-Lo-An” iaitu bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang dari segenap pelusuk alam Melayu Timur Tengah dan China. Wah!, Kira dahulu dahsyat juga Bandar Kuala Berang ni. Sebenarnya banyak lagi sejarah warisan negara di Terengganu yang masih menjadi misteri sehingga kini. Huh!.

Satu fakta menarik mengenai Kuala Berang iaitu tempat Batu Bersurat Terengganu yang berusia 700 tahun di umpai (Kampung Buloh) bukti Terengganu antara negeri terawal menerima islam sebagai cara hidup. Ikutkan cerita orang-orang tua, katanya sungai Terengganu ni airnya cukup dalam untuk kapal besar mudik dari muara sungai ke Kuala Berang. Logik juga!.

Jika di ikutkan sebenarnya banyak rahsia terungkap melalui batu bersurat ni. Kalau ke Kuala Berang boleh lah singgah di tempat penemuan batu bersurat. Cuma replikanya sahaja ada kat situ. Kalau nak tengok yang “real” boleh berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu. Zassss!!

logoblog

Thanks for reading Persinggahan di Kuala Berang

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan