Selasa, 20 Julai 2010

Seronoknya Mencanting Batik

  Ismail Ahmad       Selasa, 20 Julai 2010

Melihat kepada senario semasa perkembangan batik di Terengganu mencapai alaf dimensi baru melalui pemasaran di peringkat Global. Manakan tidak melalui penubuhan Terengganu Institute Design Excellence (TIDE), Galeri Warisan Terengganu yang berperanan sebagai pusat kepakaran perkhidmatan profesional pembangunan rekaan termasuk batik dan songket asli.

Dalam paparan Harian Metro hari ini, kisah seorang pelajar rusia Antonia Bondareva amat menyentuh hati Awee kerana bangsa asing menghargai warisan Negara kita. Rasa cintanya terhadap batik dan songket begitu mendalam walaupun hanya beberapa kali menggauli teknik-teknik mencanting batik. Nilai estetika batik begitu teserlah kesenian kehalusan corak flora dan faunanya. Rugi benar rasanya kita sebagai orang Malaysia tapi tak pernah merasai bagaimana mencanting batik.

Berbanding batik blok yang mana hanya mempunyai ruang seni yang terhad teknik mencanting dapat member kepuasan tersendiri untuk berkarya. Pada sesiapa yang berjiwa seni pasti dapat membezakan antara batik blok, lukisan tangan ataupun batik tiruan. Hari ini, batik Terengganu telah memasuki pasaran di peringkat global dan Awee rasakan satu hari kelak nama Terengganu akan tersohor di serata pelosok dunia. Insha’Allah.

Bagi penggiat batik, tahu menilai perbezaan antara batik Terengganu dan Batik Kelantan yang mana mungkin ia dipengaruhi oleh nilai tradisi setiap negeri dan berbeza pula dengan batik-batik yang di jual di Ibu Negara yang terdorong oleh pasaran global.

Kepada yang berminat untuk berkarya mencating batik boleh lah hubungi pusat pelancongan negeri Terengganu. Kat sini Awee kepilkan bersama no telefon untuk dihubungi. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda untuk ke sana.

Selamat Melancong dan Bekarya.. Zasss

Tourism, Cultural, Arts & Heritage Division Terengganu State Secretariat

9th Floor, Wisma Darul Iman,
20503, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Telephone No: 609-623 1553
Fax No: 609-622 1957
Email: ppp@terengganu.gov.my

logoblog

Thanks for reading Seronoknya Mencanting Batik

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan