Al Kisah penyu dan Terengganu sememangnya tak boleh nak dipisahkan. Kalau sebut aje Terengganu pasti semua orang terbayang penyu. Betul tak? Sebut aje penyu mesti teringat Terengganu. Hah! Bagai Aur dengan tebing yang sememangnya tak boleh dipisahkan lagi.
Rantau Abang menganjur sepanjang 19 km sememangnya tersohor sebagai destinasi pendaratan penyu Belimbing untuk bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran Amerika Selatan. Tempat ini sememangnya menjadi destinasi tetap penyu bertelur di Malaysia. Penyu yang pernah datang bertelur di pantai ini akan tetap kembali untuk bertelur di sini walaupun telah jauh mengembara. Pada musim penyu bertelur sekitar Mei hingga Ogos, penuh sesak orang ramai berkunjung ke Rantau Abang. Ada benarnya jolokan itu beberapa dekad lalu apabila ribuan penyu pelbagai spesies mendarat setibanya musim bertelur saban tahun dan daerah sunyi itu hidup dalam suasana bagaikan berpesta. Sehari dikatakan sehingga 200 ekor penyu naik untuk bertelur. Waw!
Suatu ketika dulu, Rantau Abang dah macam 'ibu negara' bagi penyu dan menjadi satu kemestian bagi pelancong untuk singgah sebagai tanda kehadiran di negeri ini.
Lokasinya tak adalah jauh mana pun. 60Km aje dari Bandar Kuala Terengganu. Terletak di pinggir jalan penghubung Kuala Terengganu- Kuantan. Jadi mudah untuk orang ramai dating bertandang.
Kalau ikutkan cerita orang-orang di situ, kehadiran penyu bertelur di pantai Rantau Abang, Terengganu dikatakan ada kaitan dengan batu berbentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa.
Dari kecik lagi Awee dah dengar cerita mengenai batu itu. Tapi tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Orang kata, selama ini penyu datang bertelur di Rantau Abang kerana ada ‘ibu penyu’ di atas bukit itu.Hurmm… Walaupun ada suara-suara sumbing yang kata tak masuk akal tapi bagi orang-orang tua di sini mereka dah sebati cerita tersebut dengan jiwa mereka.
Sebabkan terlalu ramai pengunjung yang mendatang tempat ini, pendaratan penyu ke tanah ini telah berkurang. Punca utama sebab banyak sangat telur penyu dicuri untuk dijual dan dimakan. Tapi Awee yakin kerajaan negeri takkan berdiam diri begitu aje. Lebih sedekad yang lalu, kerajaan negeri telah menggerakkan usaha pemuliharaan dan melepaskan ratusan ribu anak penyu dengan harapan beberapa dekad seterusnya mereka akan kembali bertelur di tempat kelahirannya itu. Yelah suatu ketika kan tempat ni kan begitu popular. Pantai kat Rantau Abang ni pun cantik memutih sesuai sangatlah kalau nak bawa keluarga beriadah atau pun bersantai.

penyu ape lagi yang biasa naik?
BalasPadam