Rabu, 7 Julai 2010

Warga Perancang Bandar di Pulau Kapas

  Ismail Ahmad       Rabu, 7 Julai 2010

Setahun sudah berlalu rupanya..Huuu….rasanya macam semalam saja baru balik bercuti dari Pulau Kapas. Seronok betul lah. Teringat angin bayu sepoi-sepoi bahasa di kala senja mendatang, pasir yang memutih, gamat, sotong, kenu…huh! Banyaknya kenangan. Tak perlu sampai ke Hawaii jika hanya sekadar ingin mencari ketenangan kerana di pulau kapas terlalu banyak ketengangan yang boleh di gapai. Ceewaah!!

Terletak 6km atau kira-kira 20 minit dari jeti Marang Terengganu dan namanya diambil daripada pokok kapas yang mana pasir di pulau ini boleh di umpamakan seperti kapas yang memutih dan mampu memberi kepuasan kepada pengunjung. Menariknya pulau kapas merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia. Banyaknya tapak menyelam di Terengganu ni yer.

Berikut merupakan catatan Munshi Abdullah mengenai Pulau Kapas

.....................................................................................................................................
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."
......................................................................................................................................

Awee tak mahu cerita panjang-panjang pasal kalau cakap saja pun tak seronok juga. Jadi Awee kepilkan bersama kenangan warga APUDG & UrusBudi Transplan di Pulau Kapas.



Aktiviti malam : mencandat Sotong..

Paling seronok bila dapat lepaskan tekanan dengan berkayak..syok betul. Sempat juga tinggalkan kenangan di kaki akibat terkena duri landak. Aduih!


Haha..gaya bersahaja 3 sekawan APUDG..betapa girangnya hati walaupun kerja banyak di pejabat...
Rasanya tahun ni boleh lah kita pergi beramai-ramai penuh kan Pulau kapas. Ok tak? ;)

logoblog

Thanks for reading Warga Perancang Bandar di Pulau Kapas

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan