Sambil mencari lagu untuk di muat turun, uikk.. ada sesuatu menarik untuk kepilkan di blog Terengganu. Seingat Awee gamelan pernah awe saksikan semasa kecil dulu. Tapi dah lupa tarikhnya.hihi..
Umumnya Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong.
Perkataan "gamelan" sebenarnya berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Begitu lah serba ringkas sejarah asal usul Gamelan.
Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.
Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun hari ini Gamelan tertua di Malaysia ialah gamelan Istana Terengganu yang kini tersimpan di Muzium Negeri Pahang, Pekan, Pahang Darul Makmur.
Untuk makluman, kerajaan negeri Terengganu akan menganjurkan Festival Gamelan Sedunia yang akan disertai kumpulan gamelan dari dalam dan luar negara di Muzium Negeri Terengganu selama tiga hari bermula 23 hingga 26 Julai sempena pelancaran kalendar aktiviti tahun 2010 Muzium Negeri Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan