Agak lama Awee tak berkesempatan untuk update blog nih.. Haha.. Cuma tinggal 39 hari aje lagi kata penganjur. Hari ni mood agak baik sebab banyak perkara dapat di selesaikan. Alhamdulillah. Bila imbas balik kenangan masa belajar Awee sempat untuk singgah mandi manda di Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort. Memang seronok lah. Sesuai sekali untuk pasangan yang baru berkahwin untuk berbulan madu di sini. Hihi.
Lokasinya memang strategik berdekatan dengan pantai membuatkan Awee terpukau. Wah! sangat cantik pemandangan di sini lebih-lebih lagi dapat melihat dari tingkat 9. Sememangnya Awee gemar sangat bercuti di pantai peranginan sebelah pantai Timur. Dengan laut membiru..aduhai..boleh lentok rasa. Macam malas nak balik ke Kuala Lumpur.. Di sini terdapat dua pilihan tempat penginapan samaada di hotel Awana atau di apartment Awana. Ikut selera masing-masing. Yang penting baget mesti ada. Harga pun menarik lebih-lebih lagi dekat musim perayaan ni.
Banyak lah promosinya. Banyak aktiviti disediakan yang mana korang boleh lakukan di sini. Macam-macam ada! jet ski, water ski, atv, pandu boat, menikmati fire flies di waktu senja, board diving, spa, bbq, memancing dan macam-macam lagi lah. Secara keseluruhan Awee boleh beri 5 bintang pada Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort sebabkan kelainannya lain dari yang lain. Kalau nak tahu datang lah ke sini. Kepada kaki shopping, tempat ni tak berapa nak sebab persekitarannya sangat semulajadi jauh dari kesibukan kota. Kalau nak lepaskan tekanan memang amat sesuai lah. Cuma nasihat Awee jangan cuba bunuh diri sudah lah. Kalau korang pernah dengar iklan di radio Fm. Selalu sebut “Jom kite pegi Mesre Mall”.. Memang ada Mesra Mall kat sini. Hihi..
Maknanya tempat ini sememangnya Vibrant!..
Maklumat lanjut boleh layari http://www.awana.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan