Rabu, 25 Ogos 2010

Terengganu dalam lipatan sejarah

  Ismail Ahmad       Rabu, 25 Ogos 2010

Berdasarkan rimbunan catatan-catatan sejarah, Negeri Terengganu sememangnya tersohor suatu ketika dahulu di gugusan kepulauan Melayu. Tatkala zaman kemakmuran perdagangan kerajaan Langkasuka, Terengganu di catatkan sebagai pembekal sumber bahan mentah seperti emas dan bijih timah yang mendapat pasaran meluas di rantau ini. Kedudukannya yang strategic berhadapan Laut China Selatan, Terengganu menjadi sebuah bandar pelabuhan perdagangan di Timur yang begitu pesat.

Terengganu mula disebut dalam rekod-rekod negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang tertakluk kepada kerajaan San-Fo-Chih (Serivijaya) iaitu sebagai Teng-Ya-Nung nama asal bagi negeri Terengganu. Ptolemy pula, seorang pakar geografi Greek purba dalam sebuah buku geografi yang ditulisnya pada tahun 150 masehi melakarkan peta yang mana terdapatnya dua pelabuhan di Pantai Timur iaitu Kole dan Perimula yang menjalankan urusan perniagaan sekitar India dan Timur. Sememangnya jelas menunjukkan kepentingan Kuala Terengganu sebagai pelabuhan bertaraf antarabangsa suatu ketika dahulu. Hari ini tidak mustahil melalui usaha kerajaan Negeri mampu mengangkat semula martabat kemahsyuran aktiviti perdagangan Terengganu di mata dunia.


Selain bukti sumber bertulis, sejarah Terengganu juga dikaitkan dengan ahli pelayaran China yang sangat mahsyur, Laksamana Cheng Ho yang mana menurut kepercayaan orang- orang Cina, Laksamana Cheng Ho pernah singgah di Kuala Terengganu sekitar kurun ke-12. Kampong Jeram merupakan destinasi yang disinggahinya iaitu terletak 25 Kilometer dari Kuala Terengganu. Ada sebuah tokong yang dikenali Tokong Jeram dibina oleh masyarakat Cina di situ sempena memperingatinya.

Tempat yang disinggahinya ialah Kampung Jeram iaitu kira-kira 25 kilometer (km) dari bandar Kuala Terengganu. Sebuah tokong yang dikenali sebagai Tokong Jeram telah dibina oleh masyarakat Cina sebagai memperingati beliau. Kuala Terengganu sememangnya terkenal dengan perusahaan membuat kulit bot dan kapal, menenun kain songket dan sutera, pembuatan barangan logam serta kerja tangan.

Perusahaan menenun kain songket dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Mansur lagi iaitu antara 1726-1793. Hasil tenunan Terengganu mencapai taraf yang membanggakan sehingga Terengganu sering menerima pujian daripada orang-orang Barat. Sehingga kini hasil tenunan Terengganu telah tersebar ke serata pelusuk Negara.

Hugh Clifford menganggap Terengganu sebagai “Birmingham” di Semenanjung Melayu kerana beliau dikatakan begitu terpesona dengan perusahaan tangan yang dihasilkan oleh orang Melayu di Kuala Terengganu yang menghasilkan barangan yang bermutu baik. Jadi melalui lipatan sejarah sudah membuktikan bahawa negeri Terengganu sememangnya tersohor di kaca mata dunia suatu ketika dahulu. Sama-sama lah kita memelihara dan meningkatkan kembali martabat ekonomi Negara khususnya ekonomi di negeri Terengganu.

logoblog

Thanks for reading Terengganu dalam lipatan sejarah

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan