Aidilfitri semakin hampir menjelma, ramai lah orang khususnya penduduk ibukota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Awee nasihatkan berhati-hati semasa memandu. Ada juga tabiat masyarakat Bandar yang menempah hotel untuk melancong bersama keluarga. Kebiasaannya pabila menjelang cuti umum begini tempahan-tempahan hotel penuh. Huh! Untuk yang tak bekeluarga dan ingin merasai nikmat Aidilfitri di kampong boleh lah meninjau-ninjau kemudahan Homestay di Terengganu. Pasti anda akan merasa kepuasannya!..
Masyarakat kampung amat sinonim dengan sifat ramah mesra dan bergotong royong. Banyak kemudahan homestay dibuka kepada pelancong asing mahupun tempatan mengalami cara hidup kampong supaya budaya ini dihargai dan dikenang sepanjang hayat. Kena pula Syawal yang bakal menjelang ini, amat sesuailah untuk anda membuat tempahan homestay yang ada di Terengganu, Untuk yang mencari ketenangan pengalaman sebegini tidak seharusnya di lepaskan kerana inilah masa yang sesuai untuk anda melepaskan tekanan kerja di ibu kota.
Tetamu bukan sahaja didedahkan cara hidup masyarakat kampong malah mereka juga berpeluang menjadi sebahagian daripada masyarakat kampong melalui jalinan siraturrahim. Pelbagai aktiviti pasti disediakan untuk anda menjadikan percutian anda tidak sia-sia. Sudah pasti perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma akan memberi 1001 kenangan kepada anda. Untuk maklumat mengenai homestay di Terengganu Awee cadangkan anda layari web ini untuk memudahkan pencarian anda.
http://tourism.terengganu.gov.my
Selamat Menyambut Aidilfitri, dan Selamat bercuti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan