Isnin, 20 September 2010

Panorama Indah Dari Bukit Besar

  Ismail Ahmad       Isnin, 20 September 2010

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan dan anugerah Allah SWT yang MAHA KUASA. Sesungguhnya betapa kerdil diri kita di dunia ini. Sambil berjalan dan merehat minda ada satu “port lepak” atau bahasa mudahnya kawasan riadah yang amat menarik di Kuala Terengganu. Kalau sebut sahaja Bikit Besar rasanya semua orang Terengganu tahu di mana. 


Kalau tak tahu tu, kiranya Terengganu celup lah..jangan marah ye. Bukit Besar ini antara destinasi popular kerana menjadi tumpuan orang ramai dari pelbagai latar belakang dan usia dan pada hujung minggu memang kawasan ini sesak dengan pengunjung. Kenapa jadi tumpuan ye? Nak tahu jom lah datang dan rasai sendiri suasana di sini. Di bukit Besar ni juga ada trek jogging untuk yang ingin kempiskan perut amat sesuailah senaman di sini.

Mudah aje kalau nak kenal Bukit Besar kerana dari jauh boleh Nampak papan tanda bertulis ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU”. Kiranya kawasan ini dah jadi mercu tanda “Landmark” Bandar Kuala Terengganu.

Panorama dari Bukit Besar sememangnya mengasyikkan kerana dari puncak Bukit ini kita boleh lihat pemandangan sekitar bandaraya Kuala Terengganu, Taman Tamadun Islam dan berlatar belakangkan Laut China Selatan..Fuhhh..memang layan lah.. Rugi lah kalau tak singgah.


logoblog

Thanks for reading Panorama Indah Dari Bukit Besar

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan