Syarikat Azizah M. Sharif pengeluar tersohor budu cap limau telah memasuki generasi ke 3. Perusahaan budu cap limau di mulakan pada 1975 yang mana pengasasnya puan Azizah@mek bt Abdullah hanya mengeluarkan 10 botol sehari. Oleh kerana permintaan yang semakin meningkat operasi perniagaan di perbesarkan sehingga kini perusahaan ini di usahakan oleh cucunya dan mempunyai 9 orang pekerja.
Untuk makluman proses pembuatan budu mengambil masa yang agak lama kerana melibatkan proses menjeruk ikan bilis bersama garam selama 6 bulan dan kemudiannya diprose sebelum di botolkan. Sehingga ke hari ini, kilang Pn Azizah berupaya menghasilkan 90-100 dozen budu setiap hari bagi saiz besar dan 170 dozen untuk budu bersaiz kecil. Boleh di katakana lambakan budu cap limau ini boleh di dapati disemua daerah di negeri Terengganu. Orang Terengganu kata tak lengkap jika percutian di Terengganu tidak membawa pulang sebotol budu cap limau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan