Baru-baru ni semasa ramadhan Awee ada kepilkan info mengenai pertandingan Pelita Raya.. Akhbar isnin baru-baru ini, Awee terbaca mengenai keputusan pertandingan tersebut..
Tahniah ucapkan kepada pemenang..Yang lain tu walaupun tak menang tapi tanpa penyertaan semua..pertandingan itu tak meriah lah..sama seperti pertandingan Blog ini juga…Hadiah bukan keutamaan tetapi penyampaian maklumat dan juga penglibatan semua akan menceriakan suasana pertandingan.
Sekilas yang Awee petik melalui akhbar utusan Malaysia.
“Sejak program ini diberi perhatian serius oleh kerajaan, ia telah menampakkan kemajuan dalam memartabatkan warisan seni budaya”.
Pertandingan pada mulanya tertumpu di Kampung Padang Hangus sejak sembilan tahun lalu bakal diketengahkan sebagai produk pelancongan yang mampu mencipta nama tersendiri.
"Kerajaan negeri, Kementerian Pelancongan serta Muzium Negeri Terengganu akan memastikan tanggungjawab untuk memartabatkan warisan ini. Ia bukan untuk pertandingan semata-mata sebaliknya bagi menghidupkan tradisi lama untuk tatapan generasi baru.
Pertandingan ini menyaksikan Kampung Padang Hangus mengekalkan kejuaraan bagi kategori antara kampung selama dua tahun berturut-turut untuk membawa pulang wang tunai RM3,000 serta piala pusingan.
Sekali lagi Awee ucapkan tahniah kepada pemenang..dan di harap selepas ini penglibatan masyarakat khususnya rakyat negeri Terengganu akan lebih aktif di dalam meningkatkan dan memartabatkan industri pelancongan negeri Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan