Sekiranya anda ingin ke pulau Redang mahupun pulau Lang Tengah pasti akan menggunakan Jeti Merang kerana jeti ini satu-satunya pintu masuk utama ke pulau peranginan tersebut.
Kebiasaannya kami hanya membaca papan tanda ke Jeti Merang sahaja dan tidak pula bertujuan untuk menyinggah ke sana, tetapi kali ini kami cuba untuk pergi ke sana untuk melihat suasana di jeti tersebut untuk berkongsi dengan pembaca blog ini. Semasa kami sampai ke sini kelihatan beberapa bas pesiaran yang membawa pelancong ke sini. Di bahu jalan di sini juga terdapat kedai-kedai yang menjual cenderamata untuk para pengunjung yang berkunjung ke sini. Perjalanan ke sini pasti mengujakan pengunjung memikirkan pengalaman percutian di pulau peranginan.
Terletak kira-kira 39km dari bandar Kuala Terengganu dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke kawasan jeti ini. Oleh kerana namanya dari sebutan terlalu hampir dengan Jeti Marang, ada segelintir pengunjung yang pertama kali datang ke Terengganu terkeliru dan ingin ke pulau-pulau sekitarnya. Untuk makluman Jeti Marang adalah transit untuk para pelancong ke Pulau Gemia dan Kapas manakala Jeti Merang adalah transit untuk ke Pulau Redang, Lang Tengah dan Bidong. Awee harap melalui info ini dapat membantu pemahaman anda.
Suasana di sini ini akan mulai sibuk pada setiap hujung minggu dan musim cuti sekolah. Sekiranya anda ingin membeli cederamata untuk di bawa pulang, terdapat banyak gerai jualan yang boleh menjadi pilihan. Sekurang-kurangnya percutian anda lebih bermakna apabila membawa pulang cenderamata dari Terangganu untuk tatapan sanak saudara dan sahabat handai.
Suasana persekitarannya lebih bersifat tradisional kerana kebanyakkan senibina yang ada di sini di perbuat daripada batang nibung dan kayu. Banyak barangan cenderamata menarik dijual di sini pada harga berpatutan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk pelawat yang ingin ke Pulau Redang. Jadi anda tak perlu risau keselamatan kenderaan anda pabila bercuti ke sini. Selamat melancong..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan