Rabu, 29 September 2010

Hai Peng Kopi Terbaik

  Ismail Ahmad       Rabu, 29 September 2010

Jika anda dalam perjalanan ke Kuala Lumpur melalui Kuantan…jangan lupa singgah minum petang di kedai kopi Hai Peng..Sememangnya kopi yang dijual adalah dari kualiti yang tinggi. Pengasas kopi Hai Peng…Wong Sang Hai..kini menjangkau usia 95 tahun..meninggalkan Hainan ketika berusia 17 tahun lagi dan membuka kedai kopi tidak jauh dari tapak bangunan milik keluarganya.


Kini Hai peng adalah pelopor kopitiam moden yang menjadi satu fenomena di kebanyakkan Bandar besar sekarang. Begitupun, kedai kopi Hai Peng masih mengekalkan tradisinya sejak dulu, iaitu ditutup pada Jumaat serta memastikan semua bahan minuman dan makanannya halal untuk orang Islam.

Semua pekerja termasuk yang membancuh kopi adalah orang Melayu. Mereka diajar cara buat kopi supaya rasa dok lari (rasa tetap sama). Hari Jumaat kedai ini tutup beroperasi sebab menghormati orang melayu islam solat jumaat.

Kelazatan kopi ini menjadi satu kewajipan bagi pengguna laluan utama Kemaman Chukai ataupu ke Kuala Lumpur.

logoblog

Thanks for reading Hai Peng Kopi Terbaik

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan