Rabu, 29 September 2010

Walaupun Buruk..Rupamu Tetap Indah...

  Ismail Ahmad       Rabu, 29 September 2010

Pantai yang indah walaupun namanya buruk, pantai Batu Buruk sentiasa di penuhi pengunjung saban hari terutamanya musim cuti persekolahan. Dengan pasirnya yang memutih di sepanjang pesisiran pantai kawasan ini sentiasa menjadi destinasi pilihan pengunjung untuk berkelah dan berehat bersama keluarga. Di kala waktu petang, akan terdapat kanak-kanak gembira bermain layang-layang dan ada pula penduduk setempat membawa kuda bersiar-siar di pinggiran pantai.. Suasana sebegini sememangnya menenangkan jiwa dan menghilangkan kerisauan serta tekanan kerja di pejabat.



Terdapat banyak kedai-kedai makanan asli Terengganu..kerana di sebelah pagi warung-warung di sini akan dipenuhi pengunjung yang ingin menikmati kelazatan nasi dagang asli Terengganu dan pelbagai juadah istimewa dari Terengganu.

Ada juga sekumpulan anak-anak muda Terengganu menjadikan lokasi ini sebagai tempat beriadah dan bermain permainan tradisional seperti sepak raga, latihan silat dan wau. Dengan persekitaran yang strategik anda sendiri boleh melihat lambakan hotel-hotel dan rumah tumpangan di sediakan sesuai mengikut keperluan kewangan anda.

Takkan nak tengok aje..jom lah singgah ke Terengganu…

logoblog

Thanks for reading Walaupun Buruk..Rupamu Tetap Indah...

Previous
« Prev Post

3 ulasan:

  1. memang cantik pung pantai nie.. best..best

    BalasPadam
  2. Halo, saya dari Indonesia. saya suka sekali membaca konten2 tentang Terengganu, pulau2 di sekitar Negeri Terengganu dalam blog ini tapi sayangnya isi konten sangat sedikit dan kurang menggambarkan secara keseluruhan. Mohon lebih ditingkatkan dan ditambah isi dan paragraf dalam konten2 dlm blog ini. Terima kasih :)

    BalasPadam