Sekarang ni dah mudah nak ke seberang Takir. Kalau dulu, semua orang berebut-rebut nak naik bot penambang, macam dalam filem P Ramlee tu apa nama ye..hah pendekar bujang lapok. “Wak Mustar mau ke penambang”. Dahulunya pengangkutan air merupakan tunjang kepada pembangunan ekonomi di Terengganu.
Kalau tidak masakan penempatan-penempatan awal tumbuh bak cendawan di pinggir-pinggir sungai dan laut. Betul tak? Kalau di Kuala Terengganu ni, bot penambang memang famous untuk ke Seberang takir, dan ada juga yang hantar ke pulau-pulau. Hari ini masih ramai lagi yang gunakan perkhidmatan ini kerana jimat dan dapat menikmati panorama indah Kuala Terengganu dari atas air. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni.
Kos tambang untuk ke Kuala Terengganu
• Dewasa (RM 1.00)
• Kanak-kanak (RM 0.80)
Hujung minggu ni apa kata kita cuba naik bot penambang. Boleh rasa ala-ala pendekar mustar. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan