Selasa, 21 September 2010

Satu Budaya dalam Sebuah kampung

  Ismail Ahmad       Selasa, 21 September 2010

Kalau nak tahu di Terengganu ini juga ada perkampungan Budaya. Hah! Jangan pandang sebelah mata aje. Perkampungan budaya ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri dan terletak di kampung Bintang, Daerah Setiu, Terengganu.

Segala aktiviti berkait kebudayaan dan kesenian yang berlangsung di sini akan di kelola oleh pihak Majlis Kebudayaan Daerah Setiu. Kalau nak tahu dalam entri sebelum ini Awee ada sentuh sikit pasal perkampungan budaya tapi tak secara menyeluruh. Kebanyakkan aktiviti yang berlangsung di sini lebih berteraskan ciri-ciri tradisional masyarakat melayu Terengganu. Ada kumpulan Dikir Barat tapi bukan orang barat, Rebana Ubi, Wayang kulit, permainan gasing, Kertok, Tumbuk Emping, Kraf dan pelbagai lagi. Kalau nak cerita memang panjang. Tapi kalau pergi dan rasai sendiri suasana lebih menarik dari apa yang Awee cerita.

Setiap tahun pasti akan program pelancongan Terengganu kat sini. Yang menariknya ada satu band dikenali “Sound of Terengganu” yang mana persembahan mereka sangat unik dengan penggunaan pelbagai alat muzik tradisional. Nama pun dah Sound of Terengganu, pasti lah menarik. Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi pusat penerangan pelancongan negeri Terengganu.

logoblog

Thanks for reading Satu Budaya dalam Sebuah kampung

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan