Namanya bukit Keluang tetapi bukan lah terletak di Keluang Johor. Bukit keluang ini terletak di Kuala besut iaitu 4km dari pekan Kuala Besut. Kawasan ini adalah satu satu destinasi pelancongan menarik yang harus di lawati di Terengganu kerana keindahan semulajadi nya yang masih cantik dan bersih tidak terganggu dek sebarang pembangunan fizikal.
Kalau dari resort, cuma berjalan kaki 4-5 minit untuk ke pantai. Sangat "vibrant" Kemudahan sememangnya lengkap disediakan untuk pengunjung sama ada yang mahu berehat bersama keluarga atau bersendirian. Banyak tau rakaman filem-filem dan drama-drama melayu dijalankan di sini.
Kalau dari puncak bukit Keluang, pengunjung pasti terpesona dengan keindahan semulajadi dan pemandangan indah lautan membiru serta pemandangan pulau Rhu, pulau Redang dan pulau berhampirannya…nyaman dan tenteram rasanya…macam baru semalam pulang bercuti....nak lagi menarik lihat pemandangan di kala senja..semestinya anda akan merasai kepuasannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan