Selasa, 28 September 2010

Oh Penarik Beca

  Ismail Ahmad       Selasa, 28 September 2010

Walaupun Terengganu mempunyai tarikan dari segi system pengangkutan awam, penggunaan beca di Bandar Kuala Terengganu juga memeriahkan lagi kemudahan pengangkutan terutamanya kepada pengunjung. Ini kerana perkhidmatan beca merupakan identiti kepada system pengangkutan di Bandar Kuala Terengganu. Awee masih ingat semasa kanak-kanak berebut-rebut nak naik beca.. Ini kerana beca ada keunikannya tersendiri.

Melalui blog ini Awee harap kerajaan Terengganu akan mempertingkatkan promosi untuk menaikkan taraf dan menarik minat golongan penganggur untuk menjadikan kerjaya penarik beca ini sebagai suatu pekerjaan yang baik. Kita ambil contoh negeri Melaka. Sememangnya ramai penarik-penarik beca muda berlumba-lumba mencari pelanggan..Awee teringin sangat kelak aka nada ramai penarik beca memeriahkan dan mewarnai Bandar Kuala Terengganu ini…

Dengan Bandar Kuala Terengganu yang semakin ceria Awee yakin kelak, Penarik-penarik beca akan tumbuh bak cendawan..mencari peluang-peluang untuk bersaing di bandaraya yang penuh indah ini..

Kita nantikan bersama…

logoblog

Thanks for reading Oh Penarik Beca

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan