Seni hasil kerja tangan masyarakat pantai timur semenagnya tersohor ke serata pelusuk tanah air. Tidak hairan produk-produk ini mendapat sambutan hangat di Ibu kota. Sememangnya golongan seni ini bekerja keras dan memberi tumpuan penuh pada hasil kerja seni mereka supaya kualitinya terjamin. Di Terengganu sahaja pelbagai jenis produk hasil kraf dihasilkan. Antara yang menarik adalah Rebana Ubi iaitu sejenis alat muzik yang boleh dikelaskan sebagai gendang. Saiznya lebih besar dari rebana biasa dan untuk menghasilkan rebana Ubi yang berkualiti memerlukan kesabaran yang tinggi dan memakan masa yang agak lama sehingga setahun.Huh! lama tak?
Dahulu kala, rebana Ubi digunaan untuk tujuan telekomunikasi jarak jauh. Yelah, masa itu mana ada perkhidmatan telefon, SMS ataupun internet. Ini adalah satu cara orang dahulu berkomunikasi. Rebana ini aan di letakkan di atas bukit dan dipalu mengikut lagu-lagu tertentu bergantung pada bentuk berita yang hendak disampaikan dari pengumuman majlis nikah hingga kepada amaran bahaya. Kaedah ini adalah bentuk hebahan yang terbaik di kala itu. Sekarang televisyen dah ada, radio dah ada jadi Rebana Ubi hanya di gunakan dalam upacara istiadat dan persembahan tertentu sahaja.
Walaupun kegunaannya semakin berkurang, namun alat ini sudah di wartakan sebagai Alat muzik tradisional warisan budaya Malaysia supaya ia boleh di nikmati oleh generasi akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan