Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menempuh bulan syawal. Di sepuluh akhir ramadhan ini mari lah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan ibadah kepada Allah SWT. Moga-moga kita semua mendapat hidayah dan keberkatan di bulan yang mulia ini. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Qadr ;
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Dalam menambah kemeriahan syawal, ada banyak aktiviti-aktiviti pertandingan yang dimasukkan di dalam kalender “Tourism Terengganu”. Awee Cuma nak sentuh mengenai Pertandingan Pelita Raya 2010 anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri & Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu. Untungnya rakyat Terengganu kerana kerajaan negeri begitu prihatin terhadap keinginan rakyat. Bermula 4 hingga 6 september 2010, program pelita raya 2010 akan diadakan untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma khususnya untuk masyarakat Terengganu dalam mengekalkan limpahan cahaya lampu pelita.
Beberapa kampung telah dipilih sebagai tempat pertandingan antaranya Kampung Baru, Tepoh Kampung Padang Hangus, Tepoh Kampung Pagar Ubi Tepoh Kampung Tokeng, Tepoh. Temanya “Alami Suasana Gemerlapan 10,000 Pelita Raya di Kampung Tradisi”. Wah!! Ini sudah menarik. Pada yang tak berkesempatan untuk pulang ke sabah atau sarawak inilah peluang terbaik untuk anda menikmati suasana Raya di Terengganu. Yang berada di ibu kota pasti tak sabar nak pulang ke kampung halaman. Cuma pesanan Awee hati-hati semasa memandu di jalan raya. Ingatlah pada orang yang tersayang. OK!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan