Kalau anda lalu melalui gerik kadang kala pasti akan tersua dengan gajah yang tidur di atas jalan raya. Pengalaman sebegitu akan membuatkan anda phobia untuk melalui jalan tersebut di kala senja. Kalau kepinginan sangat nak bermanja dengan gajah sebenarnya tak perlu lah sampai ke Thailand sana kerana di Terengganu terdapat sebuah pusat santuari gajah yang dah dibuka pada tahun 2009 lagi. Awee rasa pasti ada yang tak tahu lagi kewujudan pusat santuari ini bukan?
Terletak di dalam lingkungan kawasan tasik kenyir keluasan sebenar dianggarkan 15,000 hektar dan bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut. Kalau singgah di tasik Kenyir jangan lupa untuk merasa keseronokan bermain dengan gajah jinak. Ingat tau namanya suria dan seri. Nama pun dah ala-ala manja gitu.
Kalau nak menunggang gajah waktunya bermula pada 3 ptg hingga 6 ptg. Mungkin waktu pagi gajah agak kelaparan dan tak mahu di ganggu. Awee tak pasti, Cuma andaian Awee sahaja. Kalau anda datang awal, Cuma boleh bergambar sahaja lah bersama seri dan suria. InsyaAllah keselamatan anda akan di jamin oleh petugas-petugas yang mahir di situ.
Awee pun tak berkesempatan lagi. Ingat nanti kalau ada masa nak ke sana teringin juga menunggang gajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan