Puteri…Di pintu mahligai… aduhai..kalau dengar lagu iklim sememangnya lentok habis lah..Ouhh..kebanyakkan ahli kumpulan iklim juga dari Terengganu. Mungkin ada yang tersisat di sebalik makna lagu tersebut. Awee Cuma nak ajak anda berkongsi maklumat mengenai bukit puteri yang banyak meninggalkan kesan lipatan sejarah kepada negeri Terengganu. Suatu ketika dahulu bukit ini pernah dimiliki oleh seorang puteri raja. Kini kita masih boleh melihat kesan tinggalan sejarah yang ada di sini seperti Genta besar (Loceng Besar), rumah api dan pelbagai lagi. Loceng Besar ini sebenarnya sentiasa berada di sini sejak sekian lama dahulu. Andai ia rosak ia akan diganti baru dan kini Loceng Besar yang tinggal di buat sekitar 1908 pada era pemerintahan sultan Zainal Abidin III. Maksudnya dah lebih 100 tahun bukan?
Dari sini juga sebenarnya kita boleh melihat panorama keindahan Bandar Kuala Terengganu dan sekitar pesisir pantainya. Bukan dari hotel Felda Residence sahaja tau. Tak hairan lah jika ada menara api di sini kerana sejak sekian lama ia berfungsi sebagai isyarat kepada pelayar dan pedagang yang datang menghampiri kawasan daratan Kuala Terengganu.
Banyak program-program pembaikan yang di usahakan oleh kerajaan negeri. InsyaAllah suatu ketika nanti akan ada lebih banyak usaha-usaha mempelbagaikan aktiviti di sini supaya kawasan ini tidak lekang di kunjungi oleh pengunjung tempatan mahupun pengunjung asing.
Sama-sama lah kita pelihara keindahan warisan Negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan