Selasa, 21 September 2010

Uniknya Ukiran Seni Tembaga

  Ismail Ahmad       Selasa, 21 September 2010

Industri pembuatan Tembaga memang sangat popular di Terengganu. Banyak barang Tembaga murah-murah di jual di Pasar Payang. Kalau nak banding dengan harga di Kuala Lumpur memang jauh beza lah. Seni ukiran tembaga sudah menjadi warisan turun temurun masyarakat Terengganu dan sebenarnya hari ini tak ramai bakat-bakat muda tukang tembaga di Terengganu.

Asal usul ukiran tembaga ini dikatakan di bawa oleh tukang besi China yang berhijrah ke tanah Melayu. Fakta yang perlu anda tahu, Tembaga Terengganu adalah campuran tembaga putih, kuning dan zink. Kerja mengukir tembaga sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi dan tidak sesuai untuk orang yang berdarah Tinggi. Hihi. Apa yang menarik, 90% daripada hasil tembaga di Terengganu adalah hasil tangan dan bukannya mesin. Kualiti hasil tangan sudah tentulah lebih cantik dan lebih menarik. Dan harganya pun sangat menarik. Kalau ada cita-cita nak kawin hujung tahun ini elok sangatlah singgah di pasar payang untuk mencari dulang-dulang hantaran dan barangan tembaga.
logoblog

Thanks for reading Uniknya Ukiran Seni Tembaga

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan