Selasa, 21 September 2010

Gaharu Asset Hutan Terengganu

  Ismail Ahmad       Selasa, 21 September 2010
Namanya Gunung Tebu tetapi bukanlah gunung ini penuh ditumbuhi pokok tebu tau. Kat sini terdapat hutan simpan gunung Tebu yang mana kawasan ini kaya dengan kayu kayan beharga dan berkualiti tinggi. Hutan Simpan Gunung Tebu di daerah ini bukan sahaja kaya dengan kayu-kayan berharga tetapi mempunyai pokok karas atau gaharu yang bernilai tinggi.

Kawasan hutan simpan ini sebenarnya sudah dijadikan tapak kajian projek kajian Karas In Situ yang mana pabila pokok-pokok ini mencapai usia matang, nilainya dianggarkan lebih dari 1 juta! Banyak tu. Atas usaha murni kerajaan negeri, pelaksanaannya akan di lakukan dengan serius bagi menghasilkan karas yang lebih berkualiti. Semestinya pabila hutan ini begitu beharga, pemantauan akan di lakukan dengan lebih kerap supaya tiada penjenayah balak akan bermaharajalela di hutan simpan ini.

Selain daripada boleh hasilkan minyak wangi, ada juga kajian yang di jalankan yang mana kayu gaharu sebenarnya boleh di gunakan dalam bidang perubatan untuk rawat penyakit darah tinggi dan kencing manis. Hebat! Sememangnya negeri Terengganu kaya dengan hasil khazanah warisan yang masih belum diterokai.

logoblog

Thanks for reading Gaharu Asset Hutan Terengganu

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan