Kalau korang berkunjung ke Kuala Terengganu, ha!..jangan lupa singgah kat Pulau Wan Man. Masih ada lagi yang tak tahu kat mana Pulau Wan Man tu. Adeh!. Kalau sebut Taman Tamadun Islam, Hah! Ramai pula yang tahu. Awee nak “review” semula, Taman ini adalah taman tema seluas 23 hektar yang mengetengahkan keunggulan kebudayaan dan seni warisan senibina Islam dari seluruh pelusuk dunia.
Ada lebih kurang 21 replika bangunan berkaitan sejarah dunia islam. Kalau yang tak pernah lihat rupa Taj Mahal, ha.. boleh lah berkunjung ke taman ni.
Ada pelbagai jenis replika bangunan macam Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.
Sebenarnya banyak perkara dan informasi yang boleh kita perolehi dan pelajari di sini. Taman ni dibahagikan kepada 2 zon iaitu kompleks Taman Tamadun Islam dan juga zon Awam. Ha..kalau nak tahu mercu tanda baru Terengganu adalah Masjid Kristal yang terdapat taman ni.
Macam mana nak ke sana yer?
Jangan risau boh!, banyak pengangkutan awam dah beroperasi ke taman tamadun islam ni. Perkhidmatan bas dari bandaraya ke taman ni sudah pun beroperasi. Kalau nak lebih selesa pengunjung boleh memilih teksi dari pusat Bandar untuk ke sini. Atau ada juga yang nakkan kelainan boleh menggunakan bot penambang dari jeti Shahbandar ke Jeti Tok Ku Paloh yang ada di taman tu.
Untuk mudahkan lagi urusan awee lampirkan “contact number”
Pejabat Taman Tamadun Islam,
Pulau Wan Man,Losong Panglima Perang
21000 Kuala Terengganu,
Tel: +609 627 8888
Faks: +609 630 9020
Bereh!!.. Apa lagi? Call terus boh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan