Rabu, 23 Jun 2010

Lazatnya Keropok Losong

  Ismail Ahmad       Rabu, 23 Jun 2010

Sebut aje Losong terbayang dalam kepala kelazatan keropok lekor asli Terengganu. Pergh!!! Siapa yang tak kenal Losong yang sememangnya menjadi buah mulut sesiapa saja yang berkunjung ke Kuala Terengganu sebagai tempat pembuatan keropok lekor terbesar negeri warisan pesisir pantai ni. Perjalanan Cuma ambil masa 10 minit jer dari Bandar raya Kuala Terengganu.Bagi yang tak pernah tahu, keropok lekor atau lebih dikenali sebagai ‘kepok gote’ di kalangan penduduk Terengganu, dibuat daripada ramuan ikan dan sagu. Kemudian diadun dan digentel menjadi seperti bentuk ala-ala sosej dan boleh dimakan sama ada digoreng atau direbus. Sedap tu..

Ramai rasanya yang tahu tentang keropok Losong tapi tahu tak macam mana nama Losong tu diperolehi? Betul tak?

Kampung Losong atau nama asalnya Kampung Losong Haji Su diambil sempena nama seorang qariah kampong ni. Keropok “gote” lebih dikenali di Losong memandangkan rasanya yang enak serta lebih lembut berbeza daripada tempat lain selain saiznya kecil serta panjang ala-ala sosej “gitu” menyebabkan keropok ni terkenal suatu ketika dulu.

Dahulunya di Losong, pengusaha-pengusaha keropok lekor menghasilkan keropok lekor bersaiz kecik hanya lima hingga enam inci saja yang rasanya lebih enak daripada keropok lekor di tempat lain. Jadi ramai penggemar dan peniaga luar mendapatkan bekalan keropok “gote” di sini. Lama-lama bila jadi sebutan maka tercipta lah nama “keropok Losong” Begitulah al-kisahnya.

Sekarang dah jadi satu kemestian kepada pengunjung singgah ke Kampung Losong Haji Su jika berkunjung ke Kuala Terengganu. Nyum..nyum lazatnya….
Kalau nak pesan keropok Losong boleh hubungi pengusaha Keropok Losong. Kat sini Awee lampirkan beberapa lampiran "contact person" untuk dihubungi.


Warisan Keropok Enterprise
94-E, Kg.Losong Haji Su
21000 Kuala Terengganu
Telephone No: 09-6251414
Hp No : 012-9611114

KY Food Industries (M) Sdn.Bhd
140, Kg. Losong Haji Su
21000 Kuala Terengganu
Telephone No: 09-6225020
Hp No : 013-9381258

Kedai Kita (Pak Cik Din)
Kg. Losong Haji Su
21000 Kuala Terengganu
Telephone No: 09-6261215
Hp No : 013-9291215


logoblog

Thanks for reading Lazatnya Keropok Losong

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan