Khamis, 24 Jun 2010

Misteri Kenyir

  Ismail Ahmad       Khamis, 24 Jun 2010

Al-kisah tasik buatan manusia yang mampu memukau pandangan sesiapa saja yang berkunjung ke tasik Kenyir. Heboh diperkatakan mengenai ikan naga Arapaima Gigas yang hidup di sini. Tatkala itu menaikkan nama tasik kenyir di dada-dada akhbar tempatan. Kawasan takungan seluas 260,000 hektar ini mempunyai 1001 rahsia khazanah alam yang belum terungkai. Tak hairanlah jika lokasi ini menjadi pilihan pengunjung asing. Jika melihat pada kawasan sekeliling sukar awee nak gambarkan bagaimana kawasan berbukit-bukit di sini berubah sekelip mata menjadi pulau. Huh!

Kini pembangunan giat di jalankan di sekitar kawasan Kenyir galakkan daripada aktiviti pelancongan negeri Terengganu. Didorong daripada aktiviti pelancongan, sebahagian daripada pulau itu kini telah dibangunkan dengan kemudahan penginapan dan juga tarikan pengembaraan lain.

Awee di fahamkan tasik ini terbentuk dari 15 batang sungai yang dipenuhi air dan mengandungi lebih kurang 340 buah pulau-pulau kecil dan turut dipilih sebagai pintu masuk utama ke Taman Negara. Fakta menarik kawasan hutan dan air kawasan tasik ini melebihi daripada keluasan Negara Singapura. Waw!

Pintu masuk utama di Pengkalan Gawi di mana urusan penempahan bot pengangkutan dan tempat penginapan boleh dibuat. Ada pelbagai pilihan penginapan di sini sama ada nak berkhemah, menginap di resort atau rumah bot. Dari penginapan mewah kepada baget semuanya ada. Untuk kaki pancing, sesuai sangat lah menyewa rumah bot. Tunggul pokok-pokok mati yang separuh tenggelam menjadi habitat ikan kelah, toman, lampam serta ikan air tawar yang berjumlah kira-kira 300 jenis spesis. Banyak tu.

Yang inginkan pengalaman meneroka hutan yang lebih mencabar, boleh mendaki salah satu dari lapan gunung utama yang terdapat di sini di mana puncak tertinggi ialah Gunung Chergau setinggi 1,374m dari paras laut. Amat baik untuk bina stamina.

Sebarang pertanyaan :
Pusat Maklumat Pelancong, Pangkalan Gawi
09 6267788 atau
Talian Ketengah
09-822 3100

logoblog

Thanks for reading Misteri Kenyir

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan