Selasa, 22 Jun 2010

Sepetang di Kampong Cina

  Ismail Ahmad       Selasa, 22 Jun 2010

Dah beratus tahun sejarah masih meninggalkan kesan dan ramai yang masih tak tahu tentang kg cina ini.... Awee lah salah seorang darinya. hihi. Bila baca tentang sejarah Kampong Cina ni... baru tersedar.. dan feeling awee..adeh!


Cerita pasal China Town di Kuala Terengganu ni, cuma sebatang jalan sepanjang kira-kira 150 meter yang di kiri-kanannya didereti kedai-kedai orang Cina. Macam Jongker Street kat Melaka tu. Di fahamkan Kampung Cina didiami penduduk China sejak hampir 300 tahun lalu Lagi dan juga mempunyai sebuah perigi yang dipercayai tertua di Terengganu. Jangan terkejut!


Lokasi terletak tepi muara Kuala Terengganu, atau lebih dikenali sejak dulu sebagai Kampung Cina. Dalam peta Terengganu kawasan ini dicatatkan sebagai Jalan Bandar setelah diubah suatu masa dulu.

Ikutkan sejarah Kampung Cina pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan antarabangsa terpenting di rantau Asia Tenggara sekitar abad ke-18. Peninggalan sejarah yang masih elok sehingga ke hari ini termasuk deretan bangunan tua yang berseni.


Sejarah mengenai Kampong Cina juga tercatat di dalam catatan Hikayat Munshi Abdullah 1838, bunyinya

‘Kemudian sampailah sahaya di Kampung Yamtuan. Maka sahaja lihat rumahnya rumah batu, ada kira-kira 30 kaki lebarnya, maka bangunannya itu seperti rumah Cina, maka segala tembok itu penuh kotor ludah sirih dan lumut-lumut.
‘Dan lagi ada sebuah rumah batu tempat menaruh daging’.

Terdapat beberapa lagi catatan sejarah mengenai keistimewaan Kampong Cina ni. Jadi pada yang nak tahu atau berminat mengkaji lebih mendalam boleh lah berkunjung ke Kuala Terengganu mendalami adat dan budaya masyarakat di sini.

Pesan Awee..

Sayangilah warisan sejarah negara kita...

logoblog

Thanks for reading Sepetang di Kampong Cina

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan