Isnin, 21 Jun 2010

Perhentian Yang Memukau

  Ismail Ahmad       Isnin, 21 Jun 2010

Kalau sebut aje Pulau Perhentian, mesti ramai yang tahu. Tapi berapa ramai yang lagi yang tak pernah pergi ke sana? ishhh...rugi woo.. Pada yang tak tahu Pulau ni terletak di Daerah Besut, Terengganu yang mana merupakan antara pulau tercantik di pantai timur. Pantai yang putih bersih mengangkat pulau ini sebagai pulau yang punyai pantai antara tercantik di Malaysia yang jauh dari pencemaran.

Pulau ni terbahagi kepada dua iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kalau nak pergi, boleh tempah bot laju atau bot pelancong di Jeti Kuala Besut. Memang layan sangat!!..
Memang boleh jatuh cinta lah!. Air jernih tak payah nak cakap, boleh nampak ikan berkejaran dalam air..Rugi kalau tak pergi.. Takkan nak tengok jer.
Yang baru dapat lesen "scuba diving" boleh lah test power lihat batu karang dan hidupan laut di sini. Awee yakin pasti korang tak nak naik ke darat punya lah. Hihi.

Pada yang tak ada atau belum dapat lesen scuba jangan menangis. Masih boleh tengok ikan. Korang boleh gunakan kemudahan untuk snorcling kat sini. Ikan-ikan pun jinak-jikan. Rugi lah kalau dah datang tak gunakan kemudahan yang ada ni. "comey-comey belake ikang ganu ni".
Penginapan ada banyak pilihan. Kalau nak mahal sikit boleh ambil superior hill view RM275, deluxe garden view RM350 dan semi suit beach front RM420. semua harga nett per malam, tapi ni harga ejen. Kalau nak harga murah, baik call sendiri chalet atau hotel yang sediakan pakej tu. macam2 chalet dan resort ada kat perhentian, gerenti puas hati.

Dan yang paling menyeronokkan, Senja Bay adalah resort yang paling menyerlah lagi kecantikan Pulau Perhentian. Ecehhwah..

logoblog

Thanks for reading Perhentian Yang Memukau

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan