Sabtu, 17 Julai 2010

3 pinggan ikan Singgang

  Ismail Ahmad       Sabtu, 17 Julai 2010

Memandangkan Lappy rosak..banyak kerja-kerja tertunda. Agak kebusanan bila laptop rosak pasal ini sahaj hiburan yang Awee ada. Huhu..Cuma petang ni sebelum pergi bersenam untuk kuruskan badan Awee nak kongsi kongsi resepi pantai timur khususnya negeri Terengganu yang semakin hari semakin di lupakan.Ikan Singgang. Dahulunya makanan ini sangat popular di kalangan masyarakat melayu pantai timur kerana penyediaannya ringkas dan sedap..ikan singgang Terengganu mungkin berbeza dari tempat lain seperti di Johor atau di Kelantan sebab kuahnya kekuningan dan kurang hanyir.

Note :// Tgk pn dah tak tahan. Ni yang tak sabar nk masak balik..

Untuk Bahan-bahan:
2 ekor ikan selayang atau kembong(di potong dua)
2 ulas bawang putih
1.5-2cm kunyit
2.5-3cm lengkuas
4-5 keping asam gelugor @ asam keping
Secubit garam


Cara membuat:
Masukkan semua bahan tadi kecuali garam dan asam gelugor ke dalam periuk dan masukkan air sehingga tenggalam ikan (kalau nak kuah lebih, tambah air lagi). Letakkan atas api yang sederhana. Kemudian masukkan garam dan asam gelugor tadi. Bila menggelegak, cuba rasa cukup atau tidak masin dan masamnya. Kalau kurang, tambahkan yang mane patut samada asam atau garam.

Kalau nak lagi sedap, makan sekali bersama ulam2 penyedap rasa macam budu, tempoyak, cecaluk atau sambal belacan. Semua tu wajib kalau Awee nak hadap.. Huhu..selamba aje 3 pinggan.

logoblog

Thanks for reading 3 pinggan ikan Singgang

Previous
« Prev Post

1 ulasan:

  1. Pernah dengar dulu masakan nih...tapi kat member kat pahang, owh asal dari ganu, pantai timur masakan :)

    BalasPadam