Negeri Terengganu memang tersohor dengan pulau-pulau yang memukau dengan Laut China Selatannya membiru dan pantainya yang memutih. Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tenggol sering menggamit kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. Tidak keterlaluan jika dikatakan Terengganu sebagai “Negeri Cantik, Budaya Menarik”. Ulek Mayang dan Main Puteri merupakan antara sebahagian persembahan muzikal tradisional yang dimainkan sejak ratusan tahun yang masih menarik minat khalayak hingga kini. Bak lirik dari kumpulan iklim " Tempat rilek anak-anak dare, comey-comey belake..."
Air terjun Sekayu terletak kira-kira 22 kilometer dari pekan Ajil dan 16 kilometer dari pekan Kuala Berang. Perjalanan dengan kereta dari pekan itu ke Air Terjun Sekayu mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja. Hutan lipur sekayu mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesis tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Di sini juga terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri.
Kalau bertandang ke Kuala Berang, Jangan lupa singgah sebentar di Hutan Lipur Sekayu. Ok!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan