Hari ini kalau nak ke Terengganu dah mudah sangat dah. Jalan darat ada, jalan air ada jalan udara pun ada. Kalau dahulu susah lah kan. Pasal nak ke Terengganu terpaksa menempuh onak dan duri. Cewaaah.. laluan darat memang menyeksakan. Sekarang dengan adanya pelbagai pilihan pengangkutan Awee rasa mudah sangat lah. Penerbangan tambang mudah Firefly pun dah beroperasi kalau tak silap pada 14 Julai baru-baru ini.
Eh!.. baru sangat lah kan. Kalau sebelum ini Berjaya Air ada jalankan operasi, itu pun dari Singapura ke Pulau Redang tapi melalui KLIA dahulu lah. Hari ini kita tak perlu risau pasal Fire Fly akan adakan penerbangan 3 kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu. Tiket pun murah benor dah. Bukan macam dahulu.
Nama pun syarikat penerbangan tambang murah. Kalau dari Terengganu nak ke Singapura hanya RM88 sahaja. Murah kan! Untuk jangka panjang kerajaan Negeri akan cuba untuk dapatkan penerbangan Terengganu- Guangzhou di Negara China.Waw!.. Barang-barang di sana pun murah-murah belake. Jadi makin luas lah jaluran ekonomi negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan